Tahukah anda, APA itu RASUAH? Tontoni klip video ini.

Selepas tontoni video tadi, cuba berhenti sejenak dan tanya jujur dalam diri anda. Adakah anda sebenarnya faham apa yang dimaksudkan dengan “RASUAH” dan kesalahannya? Adakah anda seorang kakitangan yang “BERINTEGRITI” semasa menjalankan tugasan pada waktu berkerja?
Jawapan bagi persoalan tadi berbaur ragu-ragu??? Ya atau Tidak? atau mungkin sebenarnya anda masih tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kesalahan RASUAH dalam konteks UNDANG – UNDANG MALAYSIA berdasarkan ASPRM 2009? Oleh itu, JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI DENGAN KERAGUAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA. LANJUT slide seterusnya!
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta694) adalah undang-undang yang bertujuan untuk
- mengalakkan INTEGRITI dan KEBERTANGGUNGJAWAPAN sektor awam dan swasta
- mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang KESAN BURUK RASUAH
Untuk mengelakkan berlakunya KESAN BURUK RASUAH yang tidak diingini, Jom kita fahami maksud disebalik RASUAH menggunakan formulasi ABCD berdasarkan Akta SPRM 2009.
Apa itu kesalahan rasuah ABCD?
- A = Ambil (demand/ receiving) – Seksyen 16a/17a
- B = Beri (offer/ giving) – Seksyen 16b/17b
- C = tuntutan / Claim palsu (false claim) – Seksyen 18
- D = menyalahgunakan kedudukan / Darjat (miused of power) – Seksyen 23
A: Ambil – Meminta/menerima rasuah (Seksyen 16(a) &17(a) Akta SPRM 2009)
Seksyen 16 (a) – Kesalahan orang awam(A) pegawai badan awam (B) : Sesiapa yang meminta / menerima rasuah bagi diri sendiri atau orang lain sebagai dorongan untuk melakukan sesuatu tindakan yang melibatkan urusan rasmi.
Contohnya: Baharudin bin Ahmad (YDP Majlis Perbandaran Kangar) dituduh meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor berkaitan projek pembangunan perumahan di Padang Besar, Perlis seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai balasan, beliau menjanjikan proses kelulusan dan bantuan dalam kelicinan perjalanan projek tersebut. Rasuah berupa wang tunai sebanyak RM30,000.00, cek tunai bernilai RM30,000.00, dan satu golf set jenis ”Mizuno” berharga RM2,500.00 yang diterima daripada kontraktor. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dan denda berjumlah RM1.925 juta. (sumber dipetik daripada portal rasmi SPRM)
Seksyen 17 (a) – Kesalahan ejen: Sesiapa yang sebagai ejen menyetuju menerima atau memperoleh rasuah untuk diri sendiri atau orang lain berhubungan dengan hal ehwal perniagaan prinsipalnya.
Contohnya: Pn. Queen (yang merupakan peserta kursus ISO 9001) memberikan discount istimewa sebanyak 99% bagi pembelian thermomix yang dibeli oleh En. King (yang merupakan penceramah luar [External Trainer] daripada syarikat pemberi latihan ABC Sdn Bhd) kerana telah meluluskan kertas penilaiannya tanpa mengikuti skema permarkahan sebenar.
B: Beri – Menawar/memberi suapan (Seksyen 16(b) & 17(b) Akta SPRM 2009)
Seksyen 16 (b) – Kesalahan orang awam (A)/ pegawai badan awam (B) : Sesiapa yang menawarkan, menjanjikan atau memberikan suapan kepada pegawai awam atau swasta seperti memberi wang, hadiah, atau manfaat lain dengan niat untuk mendapatkan kelebihan atau perkhidmatan tertentu daripada penerima yang melibatkan urusan rasmi.
Contohnya: Pn. Barbie (Pegawai Kewangan, bekerja dengan anak syarikat kepada agensi kerajaan) memberikan duit kopi kepada Bahagian Perlesenan PBT untuk meluluskan pemasangan signboard syarikat dengan kadar segera tanpa perlu mengikut proses pengiliran yang telah ditetapkan.
Seksyen 17 (b) – Kesalahan orang awam dan ejen: Sesiapa yang memberikan atau bersetuju memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah menyerupai suapan rasuah untuk diri sendiri atau orang lain berhubungan dengan hal ehwal perniagaan prinsipalnya.
Contohnya: Pn. Queen (yang merupakan peserta kursus ISO 9001) memberikan discount istimewa sebanyak 99% bagi pembelian thermomix yang dibeli oleh En. King (yang merupakan penceramah luar [External Trainer] daripada syarikat pemberi latihan ABC Sdn Bhd) kerana telah meluluskan kertas penilaiannya tanpa mengikuti skema permarkahan sebenar.
C: Claim – Mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 Akta SPRM 2009)
Seksyen 18: Melarang sesiapa daripada membuat tuntutan palsu atau mengemukakan dokumen tuntuan (resit , invois) yang mempunyai butiran palsu dengan niat memperdayakan prinsipal (pejabatnya) untuk tujuan memperoleh faedah atau kelebihan tertentu.
Contohnya: SHAH ALAM – Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di atas tuduhan memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600 pada sekitar tahun 1999. Md. Saberi didakwa membuat perakuan penerimaan barangan bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ianya tidak dibekalkan. Hakim turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48, atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut. (sumber dipetik daripada portal rasmi SPRM)
D: Darjat/Kedudukan- Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam (Seksyen 23 Akta SPRM 2009)
Seksyen 23: Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
Contohnya: Seseorang pengurus tinggi dalam organisasi yang mempunyai akses kepada maklumat rahsia atau strategik , menggunakan kedudukannya untuk membocorkan maklumat tersebut kepada pihak luar yang berminat. Dalam pertukaran, dia menerima suapan sebuah kereta mewah Lamborghini daripada pihak tersebut.
Apabila amanah dimamah, harapan hancur punah, dek kerana si RASUAH. Marilah kita perangi si Rasuah, jadi kakitangan berIntegriti, dan ingatlah ABCD!

Komitmen NIOSHCert ke arah Perangi RASUAH
Anti Bribery and Anti Corruption Policy, Whistleblowing Policy, Information Security Policy, Gift Policy

Polisi Anti Rasuah dan Anti Korupsi telah dibangunkan sebagai satu komitmen yang diterapkan dalam NIOSHCert untuk memerangi kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dan menekankan aktiviti perniagaan secara beretika, berintegriti dan jujur, dalam mengatasi kelemahan governans dan pelanggaran integriti.
Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini bertindak sebagai sebuah sistem pemberitahuan maklumat untuk membolehkan warga NIOSHCert atau orang awam untuk membuat sebarang pendedahan mengenai mana-mana salah laku dari peringkat awal kepada seseorang yang telah dilantik oleh NIOSHCert termasuk ejen tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindak balas agar masalah dapat ditangani dengan efektif dan segera.
Polisi Keselamatan Maklumat ini dibangunkan bagi menyatakan komitmen NIOSHCert dalam melindungi, memelihara kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat dari sebarang ancaman.

1 – Polisi Anti Rasuah dan Anti Korupsi

2 – Polisi Anti Rasuah dan Anti Korupsi

3 – Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat

4 – Polisi Keselamatan Maklumat
Polisi Hadiah
Pelaksanaan & Pelaporan Penerimaan Hadiah di NIOSHCert
- Pelaksanaan berdasarkan garis panduan Bila Hadiah Menjadi Rasuah SPRM.
- Kakitangan termasuk ejen adalah dilarang daripada memberi atau menerima hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas awamnya dan/atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi (jika penerimaan hadiah tidak berkaitan dengan tugas awam).
- Kakitangan / ejen dibenarkan menerima pemberian hadiah tertakluk oleh kelulusan NIOSHCert (Bahagian Kelestarian) jika dalam keadaan penerimaan hadiah itu sukar ditolak semasa menjalankan tugas awam seperti akan memalukan sipemberi atau menimbulkan keadaan serba salah.
- Kakitangan / ejen dibenarkan menerima pemberian hadiah dengan hanya perlu melaporkan kepada NIOSHCert (Bahagian Kelestarian) tanpa memerlukan kelulusan jika hadiah yang sukar ditolak itu: a)Nilainya kurang daripada RM100.00; b)Berbentuk plaque/ pennant/ kraftangan/ bahan cetak untuk promosi jabatan atau negara; atau c) Barangan cepat rosak dan tidak tahan lama.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Hadiah Seperti Hamper Atau Jambangan Bunga Diletakkan Di Atas Meja Pegawai Atau Di Rumah Di Mana Pemberinya Tidak Diketahui ?

Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada NIOSHCert (Bahagian Kelestarian) untuk membuat keputusan. Pemakluman haruslah terus dibuat sejurus menerima. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu.

5 – Polisi Hadiah

6 – Pelaporan Penerimaan Hadiah

7 – Akuan Janji Anti Rasuah

8 – Ikrar Bebas Rasuah

9 – Dasar Kesaksamaan

10 – Perjanjian Kerahsiaan Maklumat
Soal Selidik – Pengurusan Risiko Rasuah

Untuk makluman, NIOSHCert telah membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM). Justeru itu, seiring dengan inisiatif yang menjurus kepada penambahbaikan sistem pengurusan sedia ada dalam membanteras rasuah dan membudayakan etika dan integriti tinggi semasa bertugas, semua ejen termasuk kakitangan, tenaga luar dan pihak berkepentingan yang berkaitan adalah dialu – alukan untuk berkongsi maklumat dengan menjawab soal selidik menerusi pautan yang disediakan. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah amat dihargai.
Soal Selidik

Sekiranya terdapat kemusykilan atau soalan, sila emel kepada sustainability@nioshcert.com.my
Yang menjalankan amanah,
Nor Aziera
Bahagian Kelestarian