Sistem Pengurusan Bersepadu


Sistem pengurusan (MS) terdiri daripada polisi, proses dan prosedur yang meliputi pelbagai komponen operasi perniagaan yang digunakan organisasi dalam memastikan tugas yang diperlukan dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tertentu. Komponen tersebut boleh menjadi komponen umum kualiti, keselamatan, kesihatan, persekitaran atau komponen perniagaan tertentu seperti pelancongan kembara, keselamatan jalan raya dan lain-lain.

Kelebihan mempunyai MS:
  • Objektif, perancangan dan pengurusan dokumen yang konsisten.
  • Kos yang lebih rendah untuk pelaksanaan dan operasi sistem.
  • Audit dalaman yang lebih lancar dan selaras.
  • Tidak lewah yang dapat mengurangkan kemungkinan konflik.

Sistem pengurusan bersepadu (IMS) menggabungkan pelbagai komponen perniagaan ke dalam satu sistem untuk memudahkan pengurusan dan operasi. Dalam konteks Standard ISO, elemen sistem pengurusan Kualiti, Alam Sekitar, dan Kesihatan dan Keselamatan sering digabungkan dan diuruskan sebagai IMS.

Sebagai contoh, syarikat boleh memilih untuk pensijilan salah satu atau gabungan antara yang berikut:
  • ISO 9001: 2015 (MS Kualiti)
  • ISO 14001: 2015 (MS Alam Sekitar)
  • ISO 45001: 2018 (OHS MS)

Ketiga-tiga sistem pengurusan ini serasi dari segi kandungan dan terminologi, dan mempunyai keperluan dan matlamat peningkatan berterusan yang sama. Namun terdapat perbezaan pendekatan dan tahap preskripsi.

Kelebihan mempunyai IMS:
  • Objektif, perancangan dan pengurusan dokumen IMS yang konsisten.
  • Kos yang lebih rendah untuk pelaksanaan dan operasi sistem.
  • Audit dalaman yang lebih lancar dan selaras.
  • Tidak lewah yang dapat mengurangkan kemungkinan konflik.

Walaupun ada kalanya IMS boleh merumitkan sesuatu proses, dalam struktur dan operasi organisasi tertentu, manfaat yang didapati seimbang atau melebihi kerumitan tersebut. Sebagai bukti, IMS semakin menjadi kebiasaan di kalangan pemain industri terkemuka dan organisasi yang berjaya.

Sekiranya organisasi anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pensijilan sistem pengurusan, sama ada untuk satu MS mahupun menggabungkan MS yang ada dengan sistem pengurusan lain, bolehlah hubungi NIOSHCert untuk perbincangan tanpa komitmen.