Program Latihan MSPO SCCS Pengurusan Rantaian Bekalan


MSPO SCCS Pengurusan Rantaian Bekalan

Penerangan Program:
Standard Pensijilan Rantaian Bekalan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO SCCS) adalah antara Agenda Nasional Malaysia untuk memastikan kelestarian pengeluaran minyak sawit di setiap peringkat rantaian bekalannya. MSPO SCCS merangkumi pengurusan dan kebolehkesanan produk, daripada bahan mentah sehinggalah setiap langkah pemprosesan dan pengeluaran mintak sawit dan produk hasil sawit.

Faedah:
  • Meningkatkan kredibiliti dan memberi keyakinan kepada pembeli (pengimport, pengeksport serta pengguna) bahawa bahan mentah kelapa sawit yang digunakan datang daripada ladang / sumber yang diurus dengan mapan dan lestari.

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami keperluan kelestarian dan kebolehkesanan di setiap peringkat pengeluaran dan rantaian belakan sawit
  • Memahami kepentingan dan perkembangan terkini MS2530:2013 dan MSPO SCCS
  • Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai keperluan sistem dan proses pengauditan MSPO SCCS

Siapa yang harus hadir:
  • Program ini sesuai untuk mereka yang ingin membina pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dan kompetensi sebagai juruaudit profesional, yang mampu untuk menjalankan audit MSPO SCCS secara cekap dan berkesan

Prasyarat:
  • Sebelum menghadiri program ini, peserta mesti mempunyai pemahaman atau pengalaman dalam pemprosesan dan pengeluaran minyak sawit, serta kebolehkesanan dalam industri minyak sawit.

Apa yang anda dapat:
  • Pengenalan dan perkembangan standard MSPO SCCS
  • Keperluan standard MSPO SCCS dan penggunaan logo MSPO yang dibenarkan dalam dokumen MPOCC
  • Pengauditan sistem pengurusan, termasuk perancangan audit, proses audit, laporan ketidakpatuhan, laporan hasil audit serta tindakan susulan pasca audit (berdasarkan ISO 19011)
  • Proses pensijilan MSPO SCCS, termasuk prosedur pensijilan dan kompetensi juruaudit

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian

Juruaudit untuk MSPO SCCS (diiktiraf oleh MPOCC)

Penerangan Program:
Program Standard Pensijilan Rantaian Bekalan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO SCCS) merangkumi pengurusan dan kebolehkesanan produk, daripada bahan mentah sehinggalah setiap langkah pemprosesan dan pengeluaran mintak sawit dan produk hasil sawit. Ia adalah berdasarkan keperluan Agenda Nasional Malaysia untuk memastikan kelestarian pengeluaran minyak sawit di setiap peringkat rantaian bekalannya.

Faedah:
  • Peserta akan mendapat Sijil Kompetensi (setelah lulus peperiksaan)
  • Peserta berkelayakan untuk menjalankan audit MSPO SCCS untuk Badan Pensijilan dan Akreditasi
  • Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman dalam pengauditan sistem pengurusan berdasarkan
    ISO 19001
  • Membina keupayaan organisasi untuk menjalankan audit dalaman

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami dengan jelas keperluan MSPO SCCS
  • Memahami proses pengauditan untuk standard MSPO
  • Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Juruaudit / Ketua Juruaudit
  • Mendapat pengetahuan, kemahiran dan membina kompetensi dan menyediakan laporan audit yang berkesan

Siapa yang harus hadir:
  • Program ini sesuai untuk mereka yang ingin membina pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dan kompetensi sebagai juruaudit profesional, yang mampu untuk menjalankan audit MSPO SCCS secara cekap dan berkesan

Prasyarat:
  • Sebelum menghadiri program ini, peserta mesti mempunyai pemahaman atau pengalaman dalam pemprosesan dan pengeluaran minyak sawit, serta kebolehkesanan dalam industri minyak sawit.

Apa yang anda dapat:
  • Pengenalan dan perkembangan terkini standard MSPO SCCS
  • Keperluan standard MSPO SCCS dan penggunaan logo MSPO yang dibenarkan dalam dokumen MPOCC
  • Pengauditan sistem pengurusan, termasuk perancangan audit, proses audit, laporan ketidakpatuhan, laporan hasil audit serta tindakan susulan pasca audit (berdasarkan
    ISO 19011
    )
  • Proses pensijilan MSPO SCCS, termasuk prosedur pensijilan dan kompetensi juruaudit

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian