Kesaksamaan Pengurusan


NIOSH Certification bertanggungjawab terhadap kesaksamaan aktiviti penilainan kepatuhan, di mana kesaksamaan ini tidak dipengaruhi oleh unsur komersial, kewangan atau lain-lain tekanan.

NIOSH Certification memberi keutamaan dan komitmen tinggi untuk memastikan kesaksamaan, tiada percanggahan kepentingan dan objektiviti dalam menjalankan perkhidmatan pensijilan sistem pengurusan.

NIOSH Certification mempunyai proses untuk mengenalpasti, menganalisa, menilai, menangani dan memantau risiko percanggahan kepentingan yang mungkin timbul akibat daripada hubungan yang berterusan – sama ada hubungan dalaman NIOSH Certification, atau hubungan/aktiviti dengan pihak luar.

Proses penilaian risiko ini termasuklah prosedur untuk mengenalpasti, menubuhkan dan merujuk kepada Jawatankuasa Industri, yang mempunyai ahli dari pelbagai sektor industri dan boleh memberi nasihat dalam hal-hal berkaitan kesaksamaan, seperti keterbukaan dan persepsi awam.

Semua pegawai atau jawatankuasa NIOSH Certification (sama ada dalaman atau luaran) yang boleh mempengaruhi aktiviti pensijilan, perlu bertindak secara saksama serta memastikan tiada unsur komersial, kewangan atau lain-lain tekanan yang boleh menjejaskan kesaksamaan pensijilan.

NIOSH Certification mewajibkan semua pegawai (sama ada dalaman atau luaran) mendedahkan apa-apa keadaan yang mungkin mengakibatkan percanggahan kepentingan kepada mereka atau organisasi.