Mendapatkan, dan terus melaksanakan, pensijilan sistem pengurusan memerlukan komitmen tinggi daripada modal insan sesebuah organisasi. Kewujudan modal insan adalah kunci utama sesebuah syarikat untuk menjamin keberkesanan perlaksanaan, pemantauan, laporan, serta penambahbaikan yang berterusan.
NIOSHCert menjalankan program latihan yang berbentuk kesedaran dan kompetensi untuk kesemua persijilan sistem pengurusan yang kami tawarkan.
NIOSHCert menawarkan program latihan untuk melengkapkan pelaksanaan persijilan sistem pengurusan. Program yang ditawarkan berfungsi untuk memastikan sesebuah organisasi dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus yang diperlukan untuk pelaksanaan persijilan sistem pengurusan yang berkesan. Program latihan yang ditawarkan merangkumi sistem pengurusan berikut:
NIOSHCert merupakan penyedia latihan yang berdaftar dengan Human Resource Development Fund (HRDF) dan Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC). NIOSHCert juga menjadi rakan penyedia latihan yang diiktiraf oleh Certification Association “Russian Register” untuk program Ketua Juruaaudit IRCA.