Internasional Organization for Standardization (atau ISO) adalah badan penetapan standard antarabangsa berpusat di Geneva, Switzerland, yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan menerbitkan standard antarabangsa. ISO menyediakan dokumen berkenaan keperluan, spesifikasi, garis panduan atau ciri yang boleh digunakan secara konsisten untuk memastikan bahawa bahan, produk, proses dan perkhidmatan sesuai mengikut kegunaannya. Organisasi ini tidak memberikan Pensijilan Standard ISO tetapi dilaksanakan oleh badan pensijilan luaran. NIOSH Certification adalah antara badan pensijilan terkemuka yang menawarkan perkhidmatan pensijilan ISO atau penilaian pematuhan di Malaysia.
Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) adalah Badan Standard Kebangsaan Malaysia dan Badan Akreditasi Kebangsaan yang mewujudkan keyakinan pelbagai pihak berkepentingan melalui perkhidmatan standardisasi dan akreditasi yang boleh dipercayai demi memperkukuh daya saing global. Bertujuan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan Malaysia bukan sahaja dalam negara malah dunia dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan sisa buangan dan meningkatkan kualiti supaya kebolehpasaran produk dan perkhidmatan di dalam dan luar negara turut meningkat.
Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) adalah pemilik Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (atau MSPO) yang dikenali sebagai MS 2530: 2013 dan Standard Pensijilan Rantaian Bekalan (MSPO SCCS). Skim (standard) kebangsaan ini terpakai bagi ladang kelapa sawit, pekebun kecil persendirian dan tersusun, dan kemudahan pemprosesan minyak sawit di Malaysia. Standard tersebut menyediakan prinsip-prinsip umum untuk pelaksanaan, penubuhan dan penambahbaikan amalan kelestarian bagi memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan. Skim pensijilan ini hanya boleh dilaksanakan oleh badan pensijilan bertauliah yang didaftarkan dan diluluskan oleh MPOCC. Sijil MSPO akan dikeluarkan setelah audit berhasil dilakukan sesuai dengan skim dan syarat akreditasi.