Akreditasi


Akreditasi merupakan pengiktirafan terhadap kesaksamaan, integriti dan kelayakan sesebuah badan pensijilan. Akreditasi memberikan keyakinan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan kepada industri dan pelanggan, samada di dalam atau di luar negara.

NIOSH Certification merupakan Badan Pensijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Standards Malaysia (Standards Malaysia). Sebagai sebuah badan pensijilan, NIOSHCert menawarkan perkhidmatan audit. NIOSHCert sentiasa komited dalam mematuhi keperluan piawaian ISO 17021 (Conformity Assessment - Requirements for bodies providing audit and certification of management systems), dan ISO 17065 (Conformity Assessment - Requirements for bodies certifying products, processes and services).

NIOSHCert juga merupakan Badan Pensijilan yang Diiktiraf oleh Standards Malaysia untuk menjalankan audit sistem pengurusan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) untuk ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan kilang pemprosesan minyak sawit.

Sebagai syarikat milik penuh NIOSH Malaysia di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia, NIOSHCert mempunyai akses kepada kepakaran tinggi dan sumber maklumat terkini dalam menawarkan perkhidmatan latihan, penilaian serta pensijilan yang berkualiti tinggi. Kelebihan ini, antaranya, berbentuk maklumat statistik dan perkembangan terkini, serta polisi dan perundangan di peringkat domestik serta antarabangsa. Pelanggan NIOSHCert juga akan mendapat nilai tambah daripada perkongsian, pengalaman dan kepakaran pengamal industri.