Program Latihan ISO 21101:2014


Kesedaran Sistem Pengurusan Keselamatan Pelancongan Kembara ISO 21101:2014

Penerangan Program:
Program ini dibentuk khusus untuk organisasi yang ingin memahami standard berkaitan dan peranan Sistem Pengurusan Keselamatan Pelancongan Kembara (ATSMS). ISO 21101:2014 menyatakan bahawa syarikat yang menawarkan aktiviti pelancongan kembara bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan pekerja dan peserta yang berhadapan dengan bahaya atau risiko di lokasi atau hasil aktiviti tersebut. Pelaksanaan ATSMS dapat membantu syarikat tersebut menawarkan aktiviti dan persekitaran pelancongan kembara yang selamat dan sihat – dengan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pencegahan risiko, sekali gus memantau dan memperbaiki prestasi pengurusan keselamatannya.

Faedah:
  • Pembaikan dalam pematuhan keperluan undang-undang
  • Penurunan kejadian dan kos insiden kemalangan
  • Memperkukuhkan komitmen dalam memperbaiki prestasi penjagaan keselamatan dan kesihatan secara proaktif
  • Memperbaiki reputasi syarikat serta motivasi pekerja

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Mempromosikan kesedaran mengenai keperluan ISO 21101:2014 di kalangan rakan kerja
  • Memberikan penerangan tentang rangka kerja ISO 21101:2014
  • Memahami faedah utama pelaksanaan ISO 21101:2014

Siapa yang harus hadir:
  • Eksekutif / Pegawai / Penyelia / Pekerja syarikat pelancongan
  • Pengurus Operasi dan Keselamatan syarikat pelancongan kembara
  • Pensyarah dan pelajar bidang pelancongan
  • Perunding / Juruaudit Pelancongan
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pegawai Penguatkuasaan
  • Juruaudit Dalaman

Apa yang anda dapat:
  • Pengetahuan mengenai Struktur Aras Tinggi (HLS)
  • Konsep dan ciri-ciri Sistem Pengurusan Keselamatan Pelancongan Kembara
  • Pengenalan kepada klausa ISO 21101:2014

Tempoh:
1 hari

Daftar Atas Talian

Intepretasi dan Pelaksanaan ATSMS ISO 21101: 2014

Penerangan Program:
Program ini bertujuan membantu pengusaha pelancongan memahami cara-cara merancang dan melaksanakan secara berterusan Sistem Pengurusan Keselamatan Pelancongan Kembara (ATSMS) yang berkesan. ATSMS berperanan untuk menggalakkan pengusaha untuk memahami keperluan peserta aktiviti pelancongan, dan mengenal pasti proses serta kawalan yang diperlukan untuk menjaga keselamatan peserta aktiviti pelancongan tersebut. Dengan peningkatan minat dalam aktiviti pelancongan kembara dan aktiviti lasak, program ini sangat penting untuk pengusaha dalam membentuk rangka kerja yang berkesan dalam pengurusan keselamatan.

NIOSHCert merupakan satu-satunya organisasi yang menawarkan program ini di Malaysia.

Faedah:
  • Pengusaha mempunyai kapasiti dalaman untuk melaksanakan dan memantau ATSMS yang berkesan, termasuk berkebolehan untuk memperkenalkan proses dan kawalan keselamatan yang lebih efektif serta menggalakkan integrasi yang lebih dikalangan pekerja dan sistem.
  • Peningkatan dalam kebolehan untuk mengenal pasti risiko aktiviti pelancongan kembara, serta langkah-langkah kawalan operasi yang diperlukan untuk mengurangkan atau menghapus risiko.

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami keperluan ISO 21101:2014, mengenal pasti dan menilai risiko dan peluang dalam operasi harian
  • Mengenal pasti unsur dan aktiviti yang berkesan untuk mengawal risiko dan mengambil peluang yang wujud, seterusnya dapat memastikan pembaikan berterusan
  • Mengaplikasikan prinsip dan teknik pengurusan profesional dalam merancang, membentuk dan melaksanakan ATSMS yang komprehensif

Siapa yang harus hadir:
  • Eksekutif / Pegawai / Penyelia / Pekerja syarikat pelancongan
  • Pengurus Operasi dan Keselamatan syarikat pelancongan kembara
  • Pensyarah dan pelajar bidang pelancongan
  • Perunding / Juruaudit Pelancongan
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pegawai Penguatkuasaan
  • Juruaudit Dalaman

Apa yang anda dapat:
  • Pengetahuan mengenai Struktur Aras Tinggi (HLS)
  • Pengenalan Sistem Pengurusan Keselamatan Pelancongan Kembara (ATSMS)
  • Memahami tujuan dan intepretasi klausa ISO 21101:2014

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian

Juruaudit Dalaman untuk ATSMS ISO 21101:2014

Penerangan Program:
Program ini bertujuan untuk melatih peserta pendekatan yang berkesan dalam pengauditan Sistem Pengurusan Keselamatan Pelancongan Kembara (ATSMS).

Faedah:
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalaman syarikat untuk menjalankan audit keselamatan di tempat kerja atau lokasi aktiviti pelancongan kembara, serta menyediakan laporan audit.

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami prinsip asas dan keperluan ISO 21101:2014 ATSMS
  • Merancang dan menjalankan audit yang berkesan
  • Menulis laporan penilaian prestasi

Siapa yang harus hadir:
  • Eksekutif / Pegawai / Penyelia / Pekerja syarikat pelancongan
  • Pengurus Operasi dan Keselamatan syarikat pelancongan kembara
  • Pensyarah dan pelajar bidang pelancongan
  • Perunding / Juruaudit Pelancongan
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pegawai Penguatkuasaan
  • Juruaudit Dalaman

Apa yang anda dapat:
  • Pengetahuan mengenai Struktur Aras Tinggi (HLS)
  • Pengenalan Sistem Pengurusan Keselamatan Pelancongan Kembara (ATSMS)
  • Kemahiran Audit
  • Teknik menjalankan audit
  • Kemahiran membentuk protokol audit
  • Teknik merancang tindakan susulan pasca audit

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian

Juruaudit / Ketua Juruaudit untuk ATSMS ISO 21101:2014

Penerangan Program:
Program ini akan memberi pendedahan kepada kemahiran audit yang diperlukan untuk menilai keperluan standard ISO 21101:2014 Sistem Pengurusan Keselamatan Pelancongan Kembara (ATSMS), berdasarkan prinsip, prosedur dan teknik pengauditan yang diiktiraf. Program ini adalah latihan praktikal, di mana peserta akan menguasai teknik pengauditan dan menjadi juruaudit yang kompeten untuk menjalankan program audit atau mengetuai kumpulan audit. Peserta juga akan didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi untuk penyelesaian konflik.

Faedah:
  • Peningkatan pengetahuan (teori dan praktikal) mengenai standard ISO 21101:2014
  • Berkebolehan untuk mentafsir keperluan ISO 21101:2014, termasuk prinsip, prosedur dan teknik pengauditan
  • Berkebolehan untuk mengetuai dan menjalankan audit keselamatan untuk pelancongan Kembara

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Mengenal pasti tujuan dan faedah audit ISO 21101:2014
  • Mengetuai dan menjalankan audit keselamatan pelancongan kembara
  • Menyediakan laporan penilaian prestasi yang berkesan

Siapa yang harus hadir:
  • Eksekutif / Pegawai / Penyelia / Pekerja syarikat pelancongan
  • Pengurus Operasi dan Keselamatan syarikat pelancongan kembara
  • Pensyarah dan pelajar bidang pelancongan
  • Perunding / Juruaudit Pelancongan
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pegawai Penguatkuasaan
  • Juruaudit Dalaman

Apa yang anda dapat:
  • Kemahiran menjadi Ketua Juruaudit
  • Kemahiran membentuk protokol audit
  • Teknik merancang dan menjalankan audit ATSMS ISO 21101:2014 yang berkesan
  • Teknik menulis laporan audit yang efektif dan menggambarkan hasil audit dengan tepat

Tempoh:
5 hari

Daftar Atas Talian