Program Latihan ISO 27001:2013
Intepretasi dan Pelaksanaan ISMS ISO 27001:2013
Penerangan Program:
Program ini mendalami keperluan ISO 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Ia merangkumi modul untuk memahami keperluan organisasi, menetapkan skop ISMS, menjalankan penilaian risiko dan membentuk program kesedaran keselamatan maklumat untuk organisasi. Berpandukan kes kajian, peserta akan mendalami kemahiran praktikal menjalankan penilaian risiko berdasarkan ISMS.
Faedah:
- Meningkatkan kesedaran mengenai nilai maklumat kritikal perniagaan, dan keperluan untuk menjaga aset berkaitan maklumat
- Meningkatkan pemahaman mengenai pendekatan pengurusan yang berkesan untuk menjaga kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat organisasi
- Pembelajaran strategi praktikal untuk menjalankan penilaian risiko melalui kes kajian sebenar
Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
- Memahami keperluan standard ISO 27001:2013
- Memahami cara terbaik untuk menyemak, mengawal selia, mengoperasi dan memperbaiki keselamatan maklumat organisasi
- Memberi keyakinan dalam penjagaan keselamatan maklumat syarikat kepada pihak yang berkepentingan, terutamanya pelanggan
Siapa yang harus hadir:
- Mereka yang bertanggungjawab dalam menguruskan ISMS
- Perunding ISMS
- Pengurus / Pengamal Teknologi Maklumat (IT)
- Pengamal Keselamatan Maklumat
- Individu yang ingin mendalami pengetahuan dan kemahiran khusus mengenai pelaksanaan ISMS berdasarkan ISO 27001:2013
Apa yang anda dapat:
- Konsep utama ISO 27001:2013
- Rangka kerja pelaksanaan ISO 27001:2013
- Intepretasi keperluan ISO 27001:2013 dari segi pelaksanaan serta konteks organisasi
Tempoh:
2 hari
Daftar Atas Talian