Program Latihan ISO 37001 2016
Kesedaran Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001:2016
Penerangan Program:
Program ini akan memberi panduan dan cara untuk membentuk, melaksana, menyemak serta memperbaiki Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) berdasarkan ISO 37001:2016. Ia akan mendedahkan peserta dengan perancangan dan pelaksanaan sistem pengurusan yang dapat membantu organisasi untuk mencegah, mengesan dan bertindak terhadap aktiviti rasuah. Ia juga membincangkan aspek pematuhan undang-undang anti-rasuah serta komitmen sukarela organisasi berkaitan aktiviti rasuah.
Faedah:
- Meningkatkan pemahaman mengenai amalan anti-rasuah terbaik antarabangsa (yang boleh diguna pakai di semua negara).
- Memperkukuhkan pelaksanaan polisi, prosedur dan kawalan anti-rasuah dalam organisasi
- Meningkatkan reputasi baik organisasi dengan adanya ABMS
Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
- Memahami tujuan ABMS dari segi sistem, standard, audit dan pensijilan pihak ketiga
- Menerangkan struktur dan kandungan ISO 37001:2016
- Memahami keperluan khusus pengurusan anti-rasuah dalam ISO 37001:2016
Siapa yang harus hadir:
- Pengurus Sumber Manusia
- Pegawai Agensi Penguatkuasaan
- Juruaudit Sistem Pengurusan (Dalaman dan Luaran)
- Pengamal Sistem Pengurusan
- Pegawai Agensi Kerajaan
- Mereka yang bertanggungjawab dalam pengurusan aktiviti anti-rasuah
- Mereka yang ingin mendalami keperluan ISO 37001:2016, sebelum mengambil program juruaudit
- Mereka yang ingin mendalami karier dalam sistem pengurusan
Apa yang anda dapat:
- Konsep utama sistem pengurusan ISO 37001
- Asas Sistem Pengurusan Anti-Rasuah
- Pengenalan klausa ISO 37001:2016
Tempoh:
1 hari
Daftar Atas Talian