Program Latihan MSPO MS 2530:2013


Kesedaran Sistem Pengurusan Minyak Sawit Mampan Malaysia MS 2530:2013

Penerangan Program:
Program ini memberi pengenalan mengenai standard Sistem Pengurusan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Pengenalan persijilan ini oleh kerajaan Malaysia merupakan langkah untuk mempromosikan amalan lestari dalam pengurusan dan operasi pengeluaran minyak sawit. Ia juga bertujuan untuk membantu pengusaha ladang, termasuk pekebun kecil bebas, untuk menjalankan operasi dengan cara yang lestari menggunakan sistem pengurusan yang berkesan.

Faedah:
  • Peningkatan kemahiran untuk memahami dan melaksanakan keperluan standard MSPO MS 2530:2013

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Menerangkan tujuan standard MS 2530:2013 MSPO
  • Memberi pengenalan kepada rangka kerja MS 2530:2013
  • Memahami tujuan utama MS 2530:2013
  • Memahami proses skim pensijilan

Siapa yang harus hadir:
  • Perunding / Pemilik Perniagaan
  • Pegawai Agensi Kerajaan
  • Jurutera Minyak Sawit
  • Pegawai Pengurusan

Apa yang anda dapat:
  • Pengenalan keperluan dan perkembangan standard MSPO
  • Keperluan standard MSPO, termasuk skop, prinsip dan kriteria

Tempoh:
1 hari

Daftar Atas Talian

Intepretasi dan Pelaksanaan MSPO MS 2530:2013

Penerangan Program:
Program intepretasi dan pelaksanaan standard ini memberi peserta kemahiran secara praktikal serta teknik dalam merancang, melaksana dan memantau keberkesanan amalan-amalan kelestarian berdasarkan MS 2530:2013 Sistem Pengurusan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Standard MSPO ini perlu diguna pakai oleh semua organisasi yang terlibat dalam rantaian pengeluaran minyak sawit, termasuk pekebun kecil bebas dan terancang, pengusaha ladang, pemilik kilang memproses, menapis, menghancur kernel, serta mereka yang terlibat dalam penyimpanan, pengangkutan, pengedaran, pengembangan sistem pengurusan dan operasi pengeluaran minyak sawit.

Faedah:
  • Pengeluaran produk sawit mengikut piawaian antarabangsa
  • Pengurangan insiden kemalangan
  • Peningkatan pematuhan undang-undang

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami keperluan MS 2530:2013
  • Mengenal pasti ciri-ciri dan aktiviti dalam sistem pengurusan yang berkesan untuk memantau dan menguruskan amalan kelestarian, dan mematuhi keperluan MS 2530:2013, yang secara langsung menjadi asas kepada pembaikan berterusan
  • Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan yang mematuhi keperluan MS 2530:2013

Siapa yang harus hadir:
  • Pemilik / Perunding Perniagaan
  • Pegawai Agensi Kerajaan
  • Jurutera Minyak Sawit
  • Wakil Pihak Pengurusan

Apa yang anda dapat:
  • Pengenalan standard Sistem Pengurusan MSPO MS 2530:2013
  • Mendalami tujuan dan intepretasi klausa MS 2530:2013
  • Ciri-ciri Sistem Pengurusan MS 2530:2013, termasuk polisi dan prosedur, pelan pengurusan, audit dalaman, semakan pengurusan, serta proses semakan, pemantauan dan penilaian latihan sistem

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian

Juruaudit Dalaman untuk MSPO MS2530:2013

Penerangan Program:
Program latihan Juruaudit Dalaman untuk MSPO MS 2530:2013 ini bertujuan untuk melatih peserta pendekatan yang berkesan dalam pengauditan MS2530:2013. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi panduan kepada juruaudit dalaman untuk menjalankan audit mengikut keperluan standard MSPO, dengan memberi fokus kepada pematuhan standard. Ini termasuk panduan dalam perancangan dan persediaan audit, prosedur dan amalan audit terbaik, serta laporan audit yang tepat. Audit dalaman yang dijalankan merupakan instrumen penting untuk mengenal pasti tahap pematuhan MS 2530:2013 sesebuah organisasi, di mana bidang untuk penambahbaikan dapat dikesan.

Faedah:
  • Pengeluaran produk sawit mengikut piawaian antarabangsa
  • Pengurangan insiden kemalangan
  • Peningkatan pematuhan undang-undang

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami keperluan MS 2530:2013
  • Memahami unsur pengauditan yang mematuhi standard MS 2530:2013
  • Merancang untuk menjalankan audit dalaman berdasarkan MS 2530:2013 Melaksanakan proses yang diperlukan untuk menjalankan audit dalaman
  • Menulis dan menstruktur laporan hasil audit
  • Menjalankan audit dalaman yang efektif

Siapa yang harus hadir:
  • Pemilik / Perunding Perniagaan
  • Pegawai Agensi Kerajaan
  • Jurutera Minyak Sawit
  • Wakil Pihak Pengurusan

Apa yang anda dapat:
  • Pengenalan standard Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)
  • Mendalami tujuan dan intepretasi klausa MS 2530:2013
  • Ciri-ciri pengauditan Sistem Pengurusan MS 2530:2013, termasuk perancangan audit dan tindakan susulan, kemahiran audit, prosedur serta senarai semak audit
  • Teknik menjalankan audit

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian