Kursus-Kursus Lain


Teknik Pengurusan dan Penilaian Risiko berdasarkan ISO 31010:2011

Penerangan Program:
Kursus ini meneliti asas dalam mengenal pasti teknik-teknik terbaik untuk digunakan dalam menangani risiko pelbagai peringkat (berkaitan polisi, operasi atau pengurusan) di sesebuah organisasi. Risiko lazimnya timbul daripada aktiviti pekerjaan hasil daripada perbuatan manusia, mesin atau persekitaran. Metodologi Penilaian Risiko telah direka khas untuk membantu pembelajaran mengenai konsep teras penilaian risiko. Peserta akan dilatih untuk lebih memahami cara2 efektif dalam penilaian risiko serta cara-cara untuk memilih dan mengaplikasikan teknik bersesuaian untuk memperbaiki cara-cara menangani risiko dalam organisasi.

Faedah:
  • Peserta akan dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam mengenal pasti teknik-teknik penilaian yang sesuai untuk risiko tertentu, dan mengaplikasikannya di dalam sebuah sistem pengurusan
  • Peserta akan lebih memahami sistem pengurusan ISO, yang boleh membantu dalam pengurusan risiko dalaman dan luaran syarikat.

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami dan menangani keperluan “Risiko dan Peluang”, iaitu Klausa 6 di bawah standard sistem pengurusan ISO
  • Melakukan penilaian risiko dan peluang berdasarkan teknik di bawah standard ISO 31010:2019
  • Memahami proses menjalankan penilaian risiko berstruktur
  • Menyediakan laporan penilaian risiko

Siapa yang harus hadir:
  • Pemilik Syarikat / Perunding
  • Pegawai Agensi Kerajaan
  • Pegawai Pengurusan Syarikat

Apa yang anda dapat:
  • Skop ISO 31000 dan kaitan ISO 31000 dengan ISO 31010
  • Skop ISO 31010:2019
  • Syarat dan terma di bawah ISO 31010:2019
  • Konsep Ketidaktentuan dan Risiko
  • Teknik penilaian risiko dan pemilihan/kesesuaian teknik untuk risiko berlainan
  • Implementasi penilaian risiko

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian