Juruaudit / Ketua Juruaudit OHS MS ISO 45001:2018 (Diiktiraf oleh IRCA)
Pengenalan Program:
Program ini merangkumi kemahiran audit yang diperlukan untuk menilai keperluan Standard ISO 45001:2018 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSMS). Program latihan Ketua Juruaudit ini membolehkan peserta mendapatkan kemahiran untuk menjalankan audit OHSMS dengan menggunakan prinsip, prosedur, dan teknik pengauditan global. Program ini mengambil pendekatan praktikal, dan para peserta akan dalam mendalami teknik pengauditan dan membina kompetensi dalam menjalankan audit, menguruskan pasukan audit, berkomunikasi dengan pelanggan serta audit penyelesaian konflik.
Faedah:
- Mempertingkatkan pengetahuan mengenai operasi Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan yang terkandung dalam ISO 45001
- Mentafsir keperluan ISO 45001 – prinsip, prosedur dan teknik pengauditan
Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
- Mengenal pasti tujuan dan faedah audit ISO 45001
- Mengetuai /menjalankan audit OHS
- Mempertingkatkan kemahiran dalam proses pengauditan
- Mempertingkatkan kemahiran menulis laporan penilaian prestasi
Siapa yang harus hadir:
- Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)
- Pengurus dan pengamal Keselamatan dan Kesihatan
- Perunding OHS
- Juruaudit dalaman
- Pegawai agensi kerajaan
Apa yang akan dipelajari:
- Kemahiran menjadi Ketua Juruaudit
- Membentuk protokol audit
- Merancang dan menjalankan audit OHSMS 45001:2018
- Menulis laporan audit yang menggambarkan hasil audit dengan tepat
Tempoh:
5 hari
Daftar Atas Talian