Program Latihan ISO 14001:2015


Kesedaran Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015

Penerangan Program:
Program ini bertujuan memberi pengenalan dan pemahaman mengenai prinsip-prinsip dan amalan terbaik pengauditan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS), dan memberi kemahiran praktikal pengauditan. Banyak syarikat antarabangsa telah mengakui faedah melaksanakan dan mempraktikkan sistem pengurusan alam sekitar berdasarkan siri standard ISO 14000 dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan alam sekitar.

Faedah:
  • Peningkatan pemahaman mengenai keperluan standard ISO 14001.
  • Membantu peserta menyedari peranan penting mereka sebagai pemandu dalam membentuk kesedaran mengenai kewajipan dan komitmen terhadap alam sekitar.

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami keperluan ISO 14001:2015
  • Menjalankan penilaian status pelaksanaan ISO 14001:2015 organisasi
  • Mengetahui ciri-ciri utama EMS
  • Memahami tujuan EMS dan dapat memberi penerangan rangka kerja EMS
  • Memahami Prisip-prinsip Pengurusan Alam Sekitar Baru

Siapa yang harus hadir:
  • Pengurus
  • Eksekutif / Pegawai / Penyelia / Eksekutif Peringkat-C
  • Juruaudit Dalaman
  • Pegawai Agensi Kerajaan
  • Perunding
  • Kontraktor CIDB

Apa yang anda dapat:
  • Pengetahuan mengenai Struktur Aras Tinggi (HLS).
  • Sistem Pengurusan Alam Sekitar
  • Pengenalan mengenai klausa ISO 14001:2015

Tempoh:
1 hari

Daftar Atas Talian

Juruaudit Dalaman untuk EMS ISO 14001:2015

Penerangan Program:
Program ini melatih peserta pendekatan-pendekatan yang berkesan untuk mengaudit Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS). Ia digubal untuk membentuk juruaudit dalaman yang kompeten, yang dapat menjadi pemandu dalam usaha pematuhan standard ISO 14001:2015 sesebuah organisasi.

Faedah:
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran organisasi untuk menjalankan sendiri audit persekitaran tempat kerja serta menyediakan laporan audit yang berkesan.

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Mempelajari asas penilaian EMS berdasarkan keperluan ISO 14001:2015
  • Merancang teknik menjalankan audit
  • Mengetahui proses untuk menjalankan audit yang berkesan
  • Menulis laporan penilaian prestasi

Siapa yang harus hadir:
  • Pengurus
  • Eksekutif / Pegawai / Penyelia / Eksekutif Peringkat-C
  • Juruaudit Dalaman
  • Pegawai Agensi Kerajaan
  • Perunding
  • Kontraktor CIDB

Apa yang anda dapat:
  • Pengetahuan mengenai Struktur Aras Tinggi (HLS)
  • Pengenalan Sistem Pengurusan Alam Sekitar
  • Teknik merancang tindakan susulan pasca audit
  • Kemahiran Audit
  • Teknik menjalankan audit
  • Membentuk protokol audit

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian

Juruaudit / Ketua Juruaudit untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015 (diiktiraf oleh IRCA)

Penerangan Program:
Program ini bertujuan untuk memberi peserta / juruaudit pemahaman mengenai pendekatan pengauditan yang berkesan, dan meneroka prinsip-prinsip dan amalan terbaik audit pematuhan ISO 14001. Ini termasuk elemen perancangan dan persediaan audit, amalan, serta laporan hasil audit. Ia juga bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam isu-isu berkaitan alam sekitar dan bagaimana prestasi pengurusan alam sekitar dapat dipertingkatkan. Program ini akan mengkaji Akta Alam Sekitar, serta perbezaan antara keperluan perundangan dan ISO 14001:2015.

Faedah:
  • Peningkatan dalam memahami tujuan dan faedah audit ISO 14001
  • Kebolehan untuk mentafsir keperluan ISO 14001 – prinsip, prosedur dan teknik pengauditan

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Menjelaskan tujuan EMS
  • Mengenal pasti prinsip-prinsip pengurusan alam sekitar
  • Mentafsir keperluan ISO dalam konteks pengauditan
  • Menjelaskan peranan dan tanggungjawab juruaudit dan ketua juruaudit
  • Merancang dan menjalankan audit berdasarkan keperluan ISO 19011
  • Menulis laporan audit, termasuk menulis berdasarkan fakta dan laporan ketidakpatuhan
  • Menjalankan aktiviti pasca audit, termasuk penilaian keberkesanan tindakan pembetulan
  • Memahami peranan Badan Akreditasi dan Pensijilan

Siapa yang harus hadir:
  • Pengurus
  • Eksekutif / Pegawai / Penyelia / Eksekutif Peringkat-C
  • Juruaudit Dalaman
  • Pegawai Agensi Kerajaan
  • Perunding
  • Kontraktor CIDB

Apa yang anda dapat:
  • Kemahiran menjadi Ketua Juruaudit
  • Merancang dan menjalankan audit EMS 14001:2015
  • Membentuk protokol audit
  • Menulis laporan audit yang menggambarkan hasil audit dengan tepat

Tempoh:
5 hari

Daftar Atas Talian