ISO 45001:2018


Jenis Pensijilan: OHS
Nama: ISO 45001:2018 - Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Penerangan:

Kesihatan dan keselamatan pekerja di tempat kerja menjadi perhatian utama bagi kebanyakan perniagaan. Walaupun langkah-langkah pencegahan telah dilaksanakan, kemalangan, kecederaan dan kematian di tempat kerja masih berada di tahap yang membimbangkan. Ini bukan sahaja mendatangkan kesedihan kepada ahli keluarga pekerja, tetapi juga memberi kesan kepada reputasi dan kewangan organisasi. Standard ISO 45001 menetapkan standard amalan minimum untuk melindungi pekerja di seluruh dunia.

Sistem pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHS MS) menyediakan rangka kerja untuk meningkatkan prestasi keselamatan, dengan menguruskan dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, serta memanfaatkan sepenuhnya pengurusan kesihatan dan keselamatan yang berkesan. Standard ini bertujuan untuk mencegah kecederaan berkaitan pekerjaan dan apa-apa yang menjejaskan kesihatan pekerja sekaligus meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja secara proaktif.

ISO 45001 dibangunkan setelah kejayaan standard antarabangsa terdahulu di bidang ini seperti OHSAS 18001, Garis Panduan ILO-OSH Organisasi Buruh Antarabangsa, pelbagai standard kebangsaan serta standard dan konvensyen buruh antarabangsa ILO. Ia direka suai supaya boleh diintegrasikan dengan proses pengurusan organisasi sedia ada dan mengikuti struktur peringkat tinggi setaraf standard sistem pengurusan ISO yang lain, seperti ISO 9001 (pengurusan kualiti) dan ISO 14001 (pengurusan alam sekitar).

Catatan: Pensijilan ISO 45001 bukanlah syarat standard tetapi boleh menjadi alat yang berguna untuk menunjukkan bahawa sesebuah syarikat memenuhi kriteria tertentu. Sekiranya syarikat ditauliahkan OHSAS 18001, standard yang sangat berbeza, namun ia sudah mempunyai alat dan sistem yang diperlukan untuk melaksanakan ISO 45001.

Komponen Utama:

OHS MS membolehkan organisasi menerapkan sistem pengurusan yang boleh membantu mereka menguruskan risiko, dan meningkatkan prestasi OHS melalui pembangunan dan pelaksanaan dasar dan objektif yang berkesan.

Pendekatan OHS MS adalah berdasarkan konsep Plan-Do-Check-Act (PDCA) yang berfokus untuk mencapai peningkatan berterusan. Elemen-elemen yang terlibat boleh dihuraikan seperti berikut:

  • Rancang (Plan): tentukan dan nilai risiko OHS, peluang OHS, risiko dan peluang lain, tetapkan objektif dan proses OHS yang diperlukan bagi membuahkan hasil sesuai dengan dasar OHS organisasi;
  • Lakukan (Do): laksanakan proses seperti yang dirancang;
  • Periksa (Check): pantau dan ukur aktiviti dan proses berkenaan polisi dan objektif OHS, dan laporkan hasilnya;
  • Bertindak (Act): gambil tindakan dengan meningkatkan prestasi OHS untuk mencapai hasil yang diharapkan.

Tahap terperinchi, kerumitan, dan setakat mana maklumat yang didokumentasikan dan sumber daya yang diperlukan untuk memastikan kejayaan MS dalam organisasi akan bergantung pada pelbagai faktor, termasuk:

  • demografi organisasi - misalnya jumlah pekerja, ukuran, geografi, budaya, undang-undang dan keperluan lain;
  • skop sistem pengurusan OHS organisasi;
  • sifat aktiviti organisasi dan risiko OHS yang berkaitan.
Siapa yang harus diperakui:

Standard ini terpakai untuk semua organisasi, tanpa mengira saiz, industri atau sifat perniagaan.

Manfaat:
  • Pengurangan insiden di tempat kerja
  • Mengurangkan ketidakhadiran pekerja dan kakitangan berhenti, sekaligus menyumbang kepada peningkatan produktiviti
  • Mengurangkan kos premium insurans
  • Mewujudkan budaya kesihatan dan keselamatan, di mana pekerja digalakkan untuk mengambil peranan aktif dalam OHS
  • Memperkukuh komitmen pucuk pimpinan untuk meningkatkan prestasi OHS secara proaktif
  • Keupayaan untuk memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan
  • Meningkatkan reputasi organisasi
  • Meningkatkan moral kakitangan, yang menyebabkan peningkatan produktiviti
Menyokong SDGs:
  • Matlamat 3: Kesihatan dan Kesejahteraan
  • Matlamat 5: Kesaksamaan Gender
  • Matlamat 8: Pekerjaan Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi
  • Matlamat 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur
  • Matlamat 10: Pengurangan Ketidaksamaan
  • Matlamat 11: Bandar dan Masyarakat Mampan
  • Matlamat 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat
Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut
Pensijilan Latihan Audit