Mendapat pensijilan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa boleh memupuk kepercayaan, meningkatkan kredibiliti dan menujukkan keyakinan terhadap prestasi, peningkatan berterusan dan kecekapan operasi sesebuah syarikat.
NIOSH Certification (NIOSHCert) menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Kualiti, Alam Sekitar, Keselamatan Makanan, Keselamatan Jalan Raya, Pelancongan Pengembaraan dan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kepada syarikat yang berminat.
NIOSHCert menjalankan penilaian dan pensijilan sistem pengurusan ini ke atas pelbagai organisasi dan syarikat dari industri minyak dan gas, pembuatan dan perkhidmatan serta para pemain industri minyak sawit - sama ada ladang dan kilang atau pekebun kecil - untuk standard MSPO. NIOSHCert menjamin kebebasan, kerahsiaan serta kesaksamaan para juruaudit terlibat dan tertakluk kepada struktur dan prosedur yang ditadbir oleh kriteria yang dinyatakan dalam ISO 17021-1: 2015 (Penilaian pematuhan - Keperluan untuk badan yang menyediakan audit dan pensijilan sistem pengurusan) dan lain-lain peraturan yang berkenaan.
Perkhidmatan pensijilan sistem pengurusan yang ditawarkan oleh NIOSHCert diakreditasi oleh Standards Malaysia. Senarai skop setiap akreditasi boleh didapati atas permintaan.
Langkah-langkah Proses Pensijilan adalah seperti berikut:
NIOSHCert melaksanakan audit ke atas unit pengurusan dan mengadakan perundingan dengan kumpulan pihak berkepentingan berkenaan, untuk mengukur tahap pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh standard. Kumpulan pihak berkepentingan ini dapat memberikan maklumat yang relevan berkenaan dengan kepatuhan organisasi memenuhi keperluan standard berkaitan alam sekitar, sosial dan ekonomi.
Tujuan Audit Tahap 2 adalah untuk menilai pelaksanaan, termasuk keberkesanan sistem pengurusan pelanggan. Audit Tahap 2 akan dilakukan di premis Pelanggan, dan hendaklah termasuk, sekurang-kurangnya, yang berikut:
Proses semakan setara adalah laporan audit yang disiapkan oleh NIOSHCert dan disemak oleh pakar bebas untuk mendapatkan pandangan kedua mengenai tahap pematuhan unit pengurusan berkenaan dalam memenuhi kehendak standard yang dipersetujui bagi pensijilan pengurusan minyak sawit.
Setelah Audit Tahap 2 selesai dan semua ketidakpatuhan telah disemak dan ditutup, NIOSHCert akan menghantar pakej audit yang lengkap ke Panel Kelulusan Pensijilan untuk semakan. Draf Sijil juga akan dihantar untuk semakan.
Setelah mendapat kelulusan dan penerimaan pembayaran, sijil bercetak akan dihantar kepada Pelanggan. Untuk Pensijilan ISO, sijil sah selama tiga (3) tahun, sementara Sijil MSPO pula sah selama lima (5) tahun sekiranya tiada sebarang masalah.
Tujuan audit pengawasan adalah untuk mengesahkan bahawa sistem pengurusan yang telah dipersetujui terus dilaksanakan, untuk mempertimbangkan implikasi perubahan pada sistem akibat dari perubahan dalam operasi organisasi, dan untuk memastikan pematuhan berterusan selaras dengan syarat-syarat pensijilan. Audit pengawasan dilakukan di lokasi, tetapi audit tidak semestinya dilakukan ke atas sistem sepenuhnya. Untuk Pensijilan ISO, audit pengawasan harus dilakukan pada tahun 1 dan 2 dan audit pensijilan semula pula pada tahun 3. Sementara itu, untuk Pensijilan MSPO, audit pengawasan dilakukan pada tahun 1 hingga tahun 4 dan audit pensijilan semula pula pada tahun 5.
Tujuan audit pensijilan semula adalah untuk mengesahkan pematuhan dan keberkesanan sistem pengurusan yang menyeluruh secara berterusan. Ini termasuk sistem yang sentiasa relevan dan skop pensijilan sejajar dengan objektif organisasi. Audit pensijilan semula dilaksanakan sebelum tamat tempoh sijil, dengan tujuan untuk memperpanjang tempoh sah sijil selama tiga tahun (Pensijilan ISO) dan lima tahun (Pensijilan MSPO).
Catatan: Susulan bagi Perkara yang perlu diberi perhatian atau Ketidakpatuhan (NC)
Sepanjang proses audit, juruaudit yang berkelayakan dari NIOSHCert memerhati mana-mana perkara dalam sistem pengurusan yang tidak mematuhi kehendak standard, atau maklumat / prosedur yang ditetapkan dalam Manual Pelanggan. NIOSHCert akan mengemukakan pekara ini kepada Pelanggan untuk tindakan pembetulan.
Sijil yang terpakai untuk produk, proses, perkhidmatan, laman web atau organisasi tertentu boleh digantung untuk jangka masa yang terhad (dalam kebanyakan kes, tidak melebihi enam (6) bulan). Contoh penggantungan dapat dilihat dalam kes-kes berikut:
Pelanggan tidak boleh merujuk atau membuat rujukan mengenai produk, proses atau perkhidmatan NIOSHCert yang ditawarkan semasa penggantungan sijil.
Pengurus Pensijilan dari NIOSHCert akan memberitahu secara rasmi mengenai penggantungan sijil kepada Pelanggan. Pengurus Pensijilan juga harus menyatakan syarat-syarat bagi memastikan penggantungan ditarik balik.
Semasa tempoh penggantungan hampir tamat, penyiasatan akan dibuat untuk memastikan bahawa syarat yang dinyatakan untuk mendapatkan semula sijil telah dipenuhi.
Setelah memenuhi syarat-syarat ini, penggantungan akan ditarik balik dengan mengembalikan sijil kepada Pelanggan. Sekiranya syarat tidak dipenuhi, sijil akan ditarik balik.
Kegagalan memenuhi syarat yang menyebabkan penggantungan pensijilan mengikut tempoh yang ditetapkan (oleh NIOSHCert) akan mengakibatkan penarikan balik atau pengurangan skop Pensijilan. Pensijilan boleh DITARIK BALIK atau skop Pensijilan DIKURANGKAN dalam kes berikut:
Dalam kes-kes di atas, NIOSHCert berhak menarik balik Pensijilan melalui pemberitahuan kepada Pelanggan. Pelanggan berhak membuat rayuan.
Sijil akan dibatalkan dalam kes berikut:
NIOSHCert berhak untuk mengurangkan skop pensijilan dalam kes berikut:
Pelanggan berhak untuk membuat rayuan sekiranya mendapat pemberitahuan mengenai penangguhan, penarikan balik atau pengurangan skop pensijilannya daripada NIOSHCert.
Pemberitahuan mengenai hasrat pelanggan untuk membuat rayuan mesti dibuat secara bertulis dan mesti diterima oleh Pengurus Pensijilan yang berkenaan dalam masa empat belas hari sejak penerimaan.
Keputusan Panel Rayuan yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Lembaga Industri NIOSHCert adalah muktamad dan terpakai untuk Pelanggan dan NIOSHCert. Setelah Panel Rayuan membuat keputusan, tuntutan balas oleh salah satu pihak (yang mempertikai) untuk meminda atau mengubah keputusan tersebut tidak boleh dibuat. Keputusan mengenai rayuan akan dibuat dalam waktu empat (4) bulan dari tarikh penerimaan rayuan. Sekiranya rayuan berjaya dan pensijilan dikembalikan, pembayaran balik kos akan dibuat kepada Pelanggan. Permohonan siasatan dan keputusan rayuan tidak sepatutnya menimbulkan tindakan diskriminasi terhadap perayu. Sekiranya rayuan tidak berjaya atau ditolak, status TARIK BALIK pensijilan akan ditunjukkan oleh NIOSHCert secara terbuka.
Sekiranya Pelanggan mempunyai sebab untuk mengemukakan aduan berkenaan ketidakpuasan terhadap kontrak, jangkaan atau masalah etika dan perilaku kakitangan NIOSHCert, aduan rasmi harus dibuat secara bertulis dan ditujukan kepada Bahagian Korporat NIOSHCert.
Aduan yang diterima oleh NIOSHCert dari mana-mana pihak berkepentingan mengenai aktiviti pelanggan yang diberi pensijilan akan dirujuk kepada pelanggan tersebut pada waktu yang sesuai. Aduan akan disiasat mengikut proses aduan dan maklum balas NIOSHCert.
Aduan akan dicatat dan dinilai bagi memastikan tindakan yang sesuai akan diambil. (jika dan di mana perlu). Proses ini akan tertakluk kepada keperluan kerahsiaan.
NIOSHCert akan mengemas kini senarai syarikat yang diberi pensijilan dan menyatakan skop permohonan masing-masing. Senarai ini boleh didapati atas permintaan.
Tanda Pensijilan NIOSHCert boleh digunakan untuk sistem pengurusan kualiti, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan dan lain-lain, oleh mana-mana pelanggan yang ditauliahkan oleh NIOSHCert, selepas mendapat kelulusan pensijilan, sesuai dengan arahan dan garis panduan yang ditetapkan.
Syarat penggunaan Tanda Pensijilan dan Simbol Akreditasi adalah seperti berikut:
Pelanggan (organisasi) TIDAK BOLEH:
Pelanggan (organisasi) HARUS:
Untuk maklumat lengkap penggunaan Tanda Pensijilan dan Simbol Akreditasi, sila muat turun ARAHAN MENGGUNAKAN TANDA PENSIJILAN DAN SIMBOL AKREDITASI.