Tanggungjawab mencapai SDGs tertakluk kepada semua pihak, dalam semua bidang, dan di semua peringkat organisasi dan rantaian bekalan. Organisasi anda pasti dapat menyumbang kepada pencapaian SDGs.
SDGs merupakan satu seruan global yang menuntut pihak kerajaan, perniagaan dan masyarakat awam di seluruh dunia bertindak mengakhiri kemiskinan dan mewujudkan kehidupan bermaruah serta memberi peluang kepada semua. SDGs dengan jelas menyeru semua perniagaan untuk menerapkan kreativiti dan inovasi dalam menyelesaikan cabaran Pembangunan Lestari. Walaupun SDGs telah dipersetujui oleh semua kerajaan, kejayaan pencapaiannya bergantung kepada tindakan dan kerjasama oleh semua pihak yang terlibat.
SDG membolehkan solusi dan teknologi berasaskan perniagaan diperkembangkan dan dilaksanakan dalam menangani cabaran utama pembangunan lestari dunia. SDG turut membentuk agenda global pembangunan masyarakat yang membolehkan syarikat terkemuka menunjukkan bagaimana perniagaan mereka membantu memajukan pembangunan lestari dengan meminimumkan kesan negatif dan memaksimumkan kesan positif pada manusia dan planet.
SDG dapat membantu menghubungkan strategi perniagaan dengan matlamat global di mana topik pembangunan lestarinya yang meliputi spektrum luas yang relevan dengan aktiviti perniagaan – seperti kemiskinan, kesihatan, pendidikan, perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar. Syarikat boleh menggunakan SDG sebagai rangka kerja menyeluruh untuk membentuk, mengemudi, berkomunikasi dan melaporkan strategi, matlamat dan aktiviti mereka sekaligus memanfaatkan kelebihan-kelebihan berikut:
SDG bertujuan untuk mengalihkan aliran pelaburan awam dan swasta global ke arah cabaran yang diwakili mereka. Dengan berbuat demikian, mereka menentukan pasaran yang berkembang untuk syarikat yang dapat memberikan penyelesaian inovatif dan perubahan transformatif.
Walaupun kelestarian korporat sudah mapan, SDG boleh membantu memperkuat insentif ekonomi bagi syarikat yang menggunakan sumber dengan lebih cekap, atau beralih kepada alternatif yang lebih lestari.
SDG mencerminkan harapan pihak berkepentingan serta hala tuju polisi masa akan datang di peringkat antarabangsa, nasional dan serantau. Syarikat yang meletakkan keutamaan mereka sejajar dengan SDG dapat meningkatkan keterlibatan pelanggan, pekerja dan pihak berkepentingan. Syarikat yang tidak mengendahkannya akan terdedah kepada risiko perundangan dan reputasi.
Perniagaan tidak boleh berjaya dalam masyarakat yang gagal. Pelaburan dalam mencapai SDG merupakan tonggak kejayaan perniagaan, termasuklah kewujudan pasaran berdasarkan peraturan, sistem kewangan yang telus, dan institusi yang tidak korup dan ditadbir dengan baik.
SDG menetapkan rangka kerja tindakan dan terminologi yang sama untuk membantu syarikat berkomunikasi secara lebih konsisten dan berkesan dengan pihak berkepentingan berkenaan impak dan prestasi mereka.
SDG akan menyatukan rakan-rakan sinergi dalam menangani cabaran kemasyarakatan yang paling mendesak di dunia.
Diekstrak dari SDG Compass. Sila lihat laporan lengkap di sini untuk maklumat lebih lanjut.
Anda perlu faham bahawa tidak semua 17 SDG adalah relevan untuk syarikat atau organisasi anda. Sejauh mana organisasi anda dapat menyumbang kepada setiap matlamat, serta berdepan dengan risiko dan peluang yang seiringnya, bergantung kepada banyak faktor. Oleh itu, sebagai langkah strategik ke arah SDG, tugas pertama anda adalah menjalankan penilaian berkenaan kesan semasa, potensi, kesan positif dan negatif aktiviti perniagaan anda ke atas SDG di keseluruhan rantaian nilai. SDG Compass memberikan panduan langkah-langkah yang diperlukan untuk memulakan penilaian ini, serta langkah seterusnya.
Untuk tujuan ini, SDG Compass mengenal pasti lima langkah seperti berikut:
Diekstrak dari SDG Compass. Sila lihat laporan lengkap di sini untuk maklumat lebih lanjut.
Dari perspektif praktikal, mari kita lihat contoh bagaimana organisasi boleh memandang kepada SDG 6: AIR BERSIH DAN SANITASI
Beberapa tindakan jelas yang dilakukan oleh organisasi dalam operasi harian mereka adalah:
Ini adalah contoh langkah yang boleh dilaksanakan oleh organisasi dalam mencapai SDG 6. Sudah tentu ada banyak lagi. Pengguna boleh memikirkan mesej pemasaran oleh pengilang, memilih dengan ringgit untuk membeli produk lestari, membuang barang terpakai secara efisien, di samping berhati-hati dengan kos tersembunyi seperti pengangkutan, kebersihan dan lain-lain.
Dari contoh ini, anda dapat melihat bahawa dengan menerapkan amalan baik dalam operasi organisasi boleh memberi kesan terhadap pencapaian SDG 6, (dan banyak SDG lain). Dengan adanya sistem pengurusan yang betul serta dasar, proses dan prosedur yang teratur dan polisi yang didokumentasikan dapat membantu mencapai matlamat ini.