Audit dalaman atau audit pembekal/kontraktor boleh membantu memahami cabaran dan kekangan yang menjejaskan prestasi syarikat.
NIOSHCert menawarkan perkhidmatan menjalankan audit dan melatih juruaudit untuk membantu anda mencapai matlamat pengauditan syarikat.
Fungsi audit dalaman adalah sangat penting. Kebanyakan syarikat menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk menjalankan audit ke atas aktiviti semakan atau teknikal kerana tidak mempunyai kepakaran pengauditan dalaman.
Kenapa pilih NIOSHCert?
Audit pihak kedua lebih dikenali sebagai Audit Pembekal (atau audit kontraktor). Ia merupakan audit ke atas sistem pengurusan syarikat pembekal atau kontraktor (yang bukan di bawah bidang kuasa syarikat yang mengaudit). Audit pihak kedua ini adalah cara yang berkesan untuk memastikan perkhidmatan yang konsisten dan berkualiti di segenap aktiviti syarikat demi untuk meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
Kenapa pilih NIOSHCert?
Audit Pra-penilaian adalah audit yang dilalukan sebagai persediaan untuk menjalani audit pensijilan sebenar. Ia bertujuan untuk memastikan tahap pematuhan sistem pengurusan syarikat berbanding keperluan pensijilan yang dikehendaki (sama ada ISO 9001, ISO 14001, ISO 27001 dll.). Kebanyakan syarikat memilih untuk melantik syarikat perunding untuk melakukan audit pre-penilaian untuk memastikan kesediaan serta mengenalpasti unsur2 ketidakpatuhan supaya pembaikan dapat dilakukan sebelum audit pensijilan sebenar dijalankan. Pasukan juruadit akan melakukan aktiviti seperti semakan dokumen, semakan proses, temubual dengan pemilik proses dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat dan bukti pematuhan.
Faedah audit pra-penilaian termasuk: