Program Latihan ISO 39001:2012


Kesedaran Sistem Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya ISO 39001:2012

Penerangan Program:
Program ini membolehkan organisasi memahami standard serta tujuan ISO 39001:2012 Sistem Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya (RTSMS). Organisasi akan dapat merancang dan berinteraksi dengan sistem lalu lintas untuk mengurangkan kejadian kematian dan kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya. Program ini akan mempertingkatkan kebolehan organisasi dalam melaksanakan RTSMS, termasuk merancang, membentuk dan melaksanakan polisi keselamatan jalan raya, menetapkan objektif dan pelan tindakan, yang mengambil kira keperluan organisasi serta perundangan berkaitan.

Faedah:
  • Peningkatan dalam pematuhan undang-undang
  • Pengurangan kejadian dan kos insiden
  • Memperkukuhkan komitmen pihak pengurusan untuk memperbaiki prestasi keselamatan jalan raya secara proaktif
  • Peningkatan reputasi baik organisasi

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami rangka kerja ISO 39001:2012
  • Memahami faedah utama pelaksanaan ISO 39001:2012
  • Mempromosikan kesedaran mengenai ISO 39001:2012 di kalangan rakan kerja

Siapa yang harus hadir:
  • Perancang Pengangkutan
  • Pengurus Fleet
  • Pakar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pengurus Sumber Manusia
  • Pengurus Keselamatan Jalan Raya
  • Pegawai Agensi Penguatkuasaan
  • Juruaudit Sistem Pengurusan (Dalaman dan Luaran)
  • Pengamal Sistem Pengurusan
  • Pegawai Agensi Kerajaan

Apa yang anda dapat:
  • Mengenal pasti konsep utama dalam ISO 39001:2012
  • Memahami konsep dan kandungan RTSMS
  • Pengenalan klausa ISO 39001:2012

Tempoh:
1 hari

Daftar Atas Talian

Intepretasi dan Pelaksanaan RTSMS ISO 39001:2012

Penerangan Program:
Program ini akan memberi pemahaman, peranan dan panduan untuk melaksanakan standard dan peranan ISO 39001:2012 Sistem Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya (RTSMS) yang berkesan. Organisasi akan didedahkan dengan cara berinteraksi dengan sistem lalu lintas jalan raya untuk mengurangkan kejadian kematian dan kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya. Pelaksanaan RTSMS membolehkan organisasi membentuk dan melaksanakan polisi, objektif dan pelan tindakan keselamatan lalu lintas jalan raya, yang mengambil kira keperluan organisasi serta perundangan berkaitan.

Faedah:
  • Peningkatan dalam pematuhan undang-undang
  • Pengurangan kejadian dan kos insiden
  • Memperkukuhkan komitmen pihak pengurusan untuk memperbaiki prestasi keselamatan jalan raya secara proaktif
  • Peningkatan reputasi baik organisasi

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Mengenal pasti keperluan ISO 39001:2012
  • Mengenal pasti dan menilai risiko dalam operasi harian
  • Mengenal pasti unsur dan aktiviti yang berkesan untuk mengawal risiko keselamatan lalu lintas jalan raya, serta mengurangkan kerugian, yang seterusnya dapat menjadi asas kepada pembaikan berterusan
  • Mengaplikasikan prinsip dan teknik pengurusan profesional dalam membentuk dan melaksanakan RTSMS yang komprehensif.

Siapa yang harus hadir:
  • Perancang Pengangkutan
  • Pengurus Fleet
  • Pakar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pengurus Sumber Manusia
  • Pengurus Keselamatan Jalan Raya
  • Pegawai Agensi Penguatkuasaan
  • Juruaudit Sistem Pengurusan (Dalaman dan Luaran)
  • Pengamal Sistem Pengurusan
  • Pegawai Agensi Kerajaan

Apa yang anda dapat:
  • Konsep utama dalam ISO 39001
  • Rangka kerja pelaksanaan ISO 39001 melalui kitaran Rancang-Buat-Semak-Bertindak (PDCA)
  • Intepretasi keperluan ISO 39001 dalam konteks pelaksanaan di dalam organisasi

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian

Juruaudit Dalaman untuk RTSMS ISO 39001:2012

Penerangan Program:
Program ini bertujuan untuk melatih peserta pendekatan pengauditan Sistem Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya (RTSMS).

Faedah:
  • Memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan audit di tempat kerja dan menulis laporan audit yang berkesan
  • Berkebolehan untuk menjalankan audit berdasarkan proses dan keperluan RTSMS
  • Peningkatan dalam pematuhan undang-undang
  • Mengenal pasti peluang untuk pembaikan berterusan

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Memahami asas dan keperluan ISO 39001:2012
  • Merancang teknik untuk menjalankan audit
  • Mengetahui proses dan prosedur menjalankan audit
  • Menulis laporan prestasi penilaian

Siapa yang harus hadir:
  • Perancang Pengangkutan
  • Pengurus Fleet
  • Pakar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pengurus Sumber Manusia
  • Pengurus Keselamatan Jalan Raya
  • Pegawai Agensi Penguatkuasaan
  • Juruaudit Sistem Pengurusan (Dalaman dan Luaran)
  • Pengamal Sistem Pengurusan

Apa yang anda dapat:
  • Pengetahuan mengenai Struktur Aras Tinggi (HLS)
  • Pengenalan Sistem Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya (RTSMS)
  • Kemahiran Audit
  • Teknik menjalankan audit
  • Kemahiran membentuk protokol audit
  • Teknik merancang tindakan susulan pasca audit

Tempoh:
2 hari

Daftar Atas Talian

Juruaudit / Ketua Juruaudit untuk RTSMS ISO 39001:2012

Penerangan Program:
Program ini mendedahkan peserta dengan kemahiran pengauditan yang diperlukan untuk menilai keperluan standard ISO 39001:2012 Sistem Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya (RTSMS), dengan menggunakan prinsip, prosedur dan teknik pengauditan yang diiktiraf. Ia mengambil pendekatan latihan praktikal, di mana peserta akan dapat menguasai teknik pengauditan serta menjadi kompeten dalam mengurus program dan kumpulan audit. Peserta juga akan didedahkan dengan teknik berkomunikasi untuk tujuan penyelesaian konflik.

Faedah:
  • Peningkatan pengetahuan (teori dan praktikal) mengenai ISO 39001:2012
  • Berkebolehan untuk mentafsir keperluan ISO 39001:2012, termasuk prinsip, prosedur dan teknik pengauditan
  • Peningkatan kemahiran untuk mengetuai dan menjalankan audit RTSMS

Setelah menghadiri kursus, peserta berupaya untuk:
  • Mengenal pasti tujuan dan faedah audit ISO 39001:2012
  • Mengetuai dan menjalankan audit RTSMS
  • Menulis laporan prestasi penilaian yang efektif

Siapa yang harus hadir:
  • Perancang Pengangkutan
  • Pengurus Fleet
  • Pakar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pengurus Sumber Manusia
  • Pengurus Keselamatan Jalan Raya
  • Pegawai Agensi Penguatkuasaan
  • Juruaudit Sistem Pengurusan (Dalaman dan Luaran)
  • Pengamal Sistem Pengurusan

Apa yang anda dapat:
  • Kemahiran menjadi Ketua Juruaudit
  • Kemahiran membentuk protokol audit
  • Teknik merancang dan menjalankan audit RTSMS ISO 39001: 2012 yang berkesan
  • Teknik menulis laporan audit yang efektif dan menggambarkan hasil audit dengan tepat

Tempoh:
5 hari

Daftar Atas Talian